-
Borang Permohonan Program Rumah Mesra Rakyat카테고리 없음 2020. 2. 27. 14:02
Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 November 2019 pada 11:01 PM Oleh GC.editorProjek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif untuk membaiki rumah mereka. Kebanyakkan mereka sudah terlalu uzur dan tua, rumah yang didiami mereka dibina pada tahun 1960-an dahulu yang diperbuat daripada kayu dan ada yang tiada bekalan air dan elektrik. Program ini telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995 namun dilaksanakan sekarang. Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.Bantuan PPRT ini mestilah berada di luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh kerajaan.
Rumah Bantuan Rakyat
Permohonan yang sudah lengkap akan dikemukakan kepada Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk dipertimbangkan kemudian disahkan. Pelaksanaan akan dilaksanakan mengikut kewangan semasa.
Rumah Mesra Rakyat 2019
Namun kerajaan akan berusaha untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama golongan sasar yang telah digariskan.BORANG PERMOHONAN PPRT – PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN. SKOP BANTUAN PPRTKawasan liputan PPRT mestilah luar bandar atau kawasan yang telah diputuskan kerajaan. Skop bantuan adalah seperti berikut:Bina baru-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang uzur dan tidak selamat dan tidak sesuai untuk dibaikiBaik pulih-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki rumah yang baik dan boleh dibaiki sahaja. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain.